Friday, July 30, 2010

Membalas budi

Seekor singa sedang tidur.
Tiba-tiba seekor tikus lalu di hadapannya.
Singa terjaga.
Singa menangkap tikus itu.
Tikus itu merayu supaya dilepaskan.
Singa berasa kasihan dan melepaskan tikus.
Tikus ucapkan terima kasih.
Pada suatu hari, singa terjerat di dalam jaring.
Tikus nampak dan datang menggigit jaring itu.
Singa dapat keluar.
Tikus telah membalas budi baik singa.

Nelayan

Pak Bindin dan Mak Bedah tinggal di tepi sungai.
Pak Bindin seorang nelayan.
Dia selalu dapat banyak ikan.
Ada ikan baung,tilapia,dan sepat.
Ikan bernafas dengan insang.
Pak Bindin tangkap ikan menggunakan bubu.
Dia ke pekan naik sampan.
Pak Bindin jual ikan di pasar.
Selepas itu,Pak Bindin membeli barang di kedai Lim.

Peniaga berjaya

Rizal seorang peniaga.
Rizal berniaga di pasar malam.
Dia menjual pakaian harian.
Rizal menjual baju kurung,baju melayu,dan seluar panjang.
Rizal juga ada menjual tali pinggang dan sapu tangan.
Rizal bawa pakaian dengan van.
Rizal pandu van di jalan raya.
Di tepi jalan raya ada tong sampah.
Pada waktu tengah hari,Rizal pakai cermin mata.
Rizal senyum nampak lesung pipit.